Selasa, 4 Disember 2012

'IN SA ALLAH' LEWAT ATAU TAK....MEMANG KEADAAN BEGITU...PENGUNDI DAH CELIK DISEBABKAN BERILMU...CELIK IT..LAH NI KUAT BERAGAMA...KESEDARAN RAKYAT TINGGI

Najib tidak rasa beliau Perdana Menteri

Khairil Abdul Rahim, 04 Dis 2012

Tuan Ibrahim menunjukkan lambang ‘gunting’ sebagai respons kepada cabaran Adnan yang sanggup dipotong telinga jika DAP menang di Bentong.

TEMERLOH: PAS berpendapat ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini tidak menggambarkan beliau seorang Perdana Menteri sebaliknya hanya pemimpin sebuah parti perkauman yang mengajak kepada perpecahan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika beliau sedar sebagai seorang Perdana Menteri sudah pasti tidak akan terikut-ikut dengan perwakilan dengan begitu emosional menyerang Pakatan Rakyat (PR).

“Jika diteliti ucapan Najib bermula daripada ucapan dasar hinggalah kepada penggulungan, penuh dengan emosi, serangan peribadi, semangat perkauman dan mempergunakan agama.

“Jika perwakilan yang berbahas dengan nada emosional seperti itu kita faham, tetapi Najib tidak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak perwakilan sehingga dia terlupa sebagai seorang Perdana Menteri.

“Cuba ambil contoh Presiden PAS (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) berucap dalam muktamar, walaupun macam-macam dibahaskan oleh perwakilan akhirnya Tuan Guru akan mengajak rakyat kepada perpaduan,” katanya dalam sidang media di pejabat PAS Pahang hari ini.

Turut hadir Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Tengku Puji serta pimpinan negeri ketiga-tiga parti.

Tuan Ibrahim berkata, kesimpulan yang dibuat Najib hanyalah lahir daripada rasa tertekan menghadapi pilihan raya.

Ketika berucap pada penggulungan, Najib berkata “satu undi untuk PKR bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan bangsa tercinta. Sebaliknya satu undi untuk Umno dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia.

Jelas Tuan Ibrahim, barangkali Najib tidak diberitahu trend golongan muda di bawah 40 tahun yang mewakili 52 peratus penduduk negara ini, adalah menolak parti dan politik bersifat perkauman.

“Jadi apa gunanya beliau meminta maaf kepada rakyat Malaysia sebelum itu, dalam perhimpunan yang sama, sedangkan terus menyalakan api dendam dan kebencian walaupun kewujudan PAS, PKR dan DAP lahir daripada amalan demokrasi?” soalnya.

Sementara itu Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PR mensasarkan kehadiran 40,000 rakyat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP) pada 9 Disember ini di Kerdau.

Katanya, komitmen ini penting bagi merealisasikan perubahan rakyat di negeri ini ke arah pemerintahan yang lebih baik dan membela rakyat.

Fauzi pula berkata, HKRP ini penting kerana melambangkan perubahan rakyat di peringkat bawah dan mesti dilakukan apabila di peringkat kepimpinan atasan (kerajaan) tidak mahu berubah.

Katanya, rakyat sendiri sudah melihat kepincangan kerajaan negeri dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan salah urus tadbir sehingga tidak ada apa-apa kebaikan lagi melainkan terpaksa ditukar kerajaan baru.

Dalam pada itu, Tengku Zulpuri berkata, DAP sudah bersiap sedia menggalas cabaran untuk merampas Parlimen Bentong daripada BN dalam pilihan raya akan datang.

“Kita pandang serius cabaran (Menteri Besar Pahang Datuk Seri) Adnan Yaakob yang sanggup dipotong telinga dan terjun Sungai Pahang jika DAP menang di Bentong,” tegasnya.

Isu Adnan sanggup dipotong telinga jika DAP menang di Bentong, hangat diperkatakan apabila beliau menyebut ‘tawaran’ itu kepada pemberita semasa Pau di PWTC.

Namun keesokan harinya beliau berdolak-dalik mengatakan ‘sanggup potong telinga’ itu hanyalah satu kiasan.

Kelewatan pilihan raya mencelakakan Najib

Mohd Sayuti Omar, 04 Dis 2012

RENCANA KHAS
Tidak siapa tahu apakah muslihat dan strateginya menyebabkan Najib Razak memperlambat-lambatkan pilihan raya diadakan. Tidak siapa yang tahu apakah sebab musabab dan hambatan sebenar maka ia melanjutkan pilihan raya kemungkinan akan rapat ke dinding, maksudnya sehingga habis tempoh lima tahun.

Parlimen akan terbubar secara automatik 28 April 2013 kerana tempohnya sudah mencukupi. Belum pernah berlaku parlimen dibubarkan sehingga rapat ke dinding. Paling lama pun parlimen akan dibubarkan sebaik saja masuk tahun keempat penggal parlimen ia dibubar. Jadi apabila Najib gagal mencari 'cerlak' dan ketika baik untuk membubarkan parlimen menyebabkan orang tertanya-tanya dan menjadi iseng sendiri dan berbahas apa sudah jadi dengan Najib?

Bahkan ada yang sudah naik bingung dan muak menanti bila tarikh parlimen dibubarkan. Beberapa jangkaan dibuat semuanya meleset. Najib semacam mahu melarikan tarikh itu dan tidak mahu mengiyakan apa yang diagakkan oleh orang lain. Untuk apakah? Namun kali ini teka teki itu tidak timbul lagi, semuanya sudah siap sedia. Bahawa pilihan raya tidak mungkin diadakan selepas April 2013.

Kelewatan Najib membubarkan parlimen memburukkan keadaan dirinya dan UBN. Kelewatan itu menyebabkan timbul persepsi buruk kepada parti berkenaan. Tanyalah sesiapa pun mereka akan mengatakan Najib atau UBN takut bila mana masih bermain-main dengan tarikh pilihan raya. Apa lagi perkara ini ditejel dan dijaja oleh Pakatan Rakyat, kononnya UBN takut, dakyah itu sudah tersendak di kepala orang ramai.

Rakyat menerima eceran berkenaan. Memanglah kalau Najib berani dan yakin dengan kemenangan UBN dia tidak perlu menangguhkan pembubaran parlimen. Beliau tidak mengheretnya sehingga rapat ke mentara. Sebabnya tidak ada alasan lain bagi Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya segera kecuali kerana takut dan bimbang. Kebimbangan itulah menjadikan tarikh pembubaran parlimen menjadi teka teki tidak terjawab.

Waktu paling elok bagi Najib meminta Yang di-Pertuan Agong bubarkan parlimen ialah pada bulan Jun lalu. Ketika itulah keadaan kondusif buat UBN. Isu-isu yang tegang di dalam kerajaan pada masa itu seperti skandal projek lembu gemuk (NFC) dan isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) juga sudah selesai. Walaupun isu NFC masih terheret sampai kini tetapi apabila tindakan diambil ke atas syarikat atau individu yang terlibat termasuk perletakan jawatan Shahrizat Jalil, ia dianggap ia diambil tindakan.

Rakyat sudah sedikit berpuas hati atas sikap akauntabiliti Shahrizat itu.

Begitu juga isu SPBA yang sebelum ini menimbulkan kemarahan kakitangan awam atau pegawai kerajaan, selesai apabila sistem saraan baru itu dibatalkan dan orang yang kononnya bertanggungjawab bekas ketua pengarah JPA Abu Bakar Abdullah diambil tindakan. Keredaan isu itu bukan kerana tindakan ke atas ketua pengarah JPA itu tetapi pembatakan sistem berkenaan dikira 'congik cakdung' dan tidak adil kepada semua.

Seretak itu juga penyenaraian saham FVGB telah dilakukan dan para peneroka telah mendapat sedikit nikmat. Di mana nikmat habuan pemberian separuh dari RM15,000 untuk satu keluarga memberi keseronokan kepada para peneroka. Demikian juga dengan sebahagian rakyat turut sama terasa terhibur dengan pemberian BR1M, RM500 satu orang yang berpendapatan di bawah RM2,000. Walaupun pemberian wang umpan dan rasuah undi itu tidak menyeluruh, setidak-tidaknya 15% daripada penerimaannya merasakan mereka dipedulikan oleh UBN.

Namun kondisi itu tidak diambil peluang juga oleh Najib. Inilah menyebabkan timbul 'perselehengan' dan 'perkadasan' fikiran di antara Najib dengan timbalannya Muhyiddin Yassin dan juga bomoh besar dan keramat Umno Mahathir Mohamad. Muhyiddin satu masa mendesak agar pilihan raya diadakan segera memandangkan rakyat sudah sedikit tenang. Desakan Muhyiddin itu sehingga ditafsirkan di antara mereka berdua sedang dilambung masalah.

Tetapi Najib tetap juga tidak terbuka hati untuk mengadakan pilihan raya. Selepas itu 'cerlak' bulan Jun dihinsut ke bulan September. Tetapi ternyata bulan September juga tidak menjelma apa diharapkan. Bahkan September merupakan bulan sakit buat UBN. Keengganan Najib itu menyebabkan timbul rasa kurang senang di kalangan Umno sendiri terutamanya mereka yang sudah terasak dan letih dengan kemaraan Pakatan Rakyat. Kemaraan Pakatan Rakyat menjadi mereka resah dan runsing... kerana semangat PR relatif meninggi.

Orang menyoal kenapa Najib babil untuk membubarkan parlimen tanpa menjawab persoalan itu? Bagi saya Najib ada pedoman dan pemikirannya sendiri. Dia ahli Pak Belalangnya sendiri. Di sini mungkin Najib belum mendapat lampu hijau atau pun kebenaran dari orang yang dipercayainya. Siapakah orang itu?  Mungkin ianya pemelihara jin, di mana selagi jin tidak bersedia untuk membantu UBN, isyarat itu tidak akan diberikan.

Sudah pastilah orang itu ahli yang bijak dalam membuat telahan politik dan memperhitungkan kalah dan menang untuk Najib. Ini bererti selagi orang itu tidak merasakan Najib menang dia tidak akan memberi signal untuk Najib membubarkan parlimen. Kerana Najib meletakkan kepercayaan tinggi kepada orang itu maka beliau tidak mempedulikan berbagai laporan dan analisa termasuk kajian dalaman dibuat oleh parti atau badan bebas sebelum ini yang menyatakan peluang BN baik. Buktinya kalau dia percaya dia sudah pun membubarkan parlimen.

Perhimpunan agung Umno yang ke-66 lalu dilihat sebagai kayu ukur terakhir buat Najib untuk menetapkan tarikh pilihan raya. Perhimpunan itu juga dijadikan pemupukan semangat para ahlinya. Malang sekali lagi, menjelang perhimpunan agung timbul pula beberapa isu baru yang di luar dugaan dan ianya mencabar dan mengganggu UBN. Isu-isu baru yang meletup secara bom jangkaan itu benar-benar merusut fikiran Najib.

Isu dimaksudkan itu ialah pendedahan oleh bekas IGP Musa Hassan mengenai penyalahgunaan kuasa oleh menteri dalam negeri yang mencampuri urusan politik di raja. Satu lagi ialah pendedahan mengenai tindakan orang Umno melakukan cas keting atau penipuan dalam urusan niaga dan tidak amanah dalam perniagaan.  Ini berhubung pendedahan orang bernama Deepak Jaikishan mengenai keterdayaannya oleh pemimpin Umno.

Pendedahan Deepak itu mengenai kenyataannya (SD) kononnya Najib atau isterinya terlibat dengan pembunuhan Altantuya benar-benar mendatangkan masalah kepada Najib dan Umno. Pendedahan Deepka itu mengganggu tidur dan mimpi Najib. Pendedahan itu boleh mencairkan segala usaha kerajaan untuk mempengaruhi rakyat sebelum ini. Tragedi yang sudah redha dan habis tersapu di kepala rakyat itu kini 'terbahar', membuka semula apabila ia diungkitkan oleh Deepak secara kronologi.

Memang Umno bercadang untuk menjadikan perhimpunan agung Umno sebagai landasan kekuatan sepenuhnya kepada UBN. Namun dengan pendedahan itu menyebabkan harapan yang diimpikan Najib itu hancur berkecai. Najib benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku itu. Ini terbukti bila mana diarahkan supaya pimpinan Umno tidak menjawab isu-isu berkenaan pada siri penggulungan. Pembisuan terhadap semua isu dibangkitkan itu sekali lagi meletakkan UBN dalam keadaan meragukan.

Bagaimana pun Najib tetap mahu perhimpunan agung Umno lalu dilihat sebagai satu rumusan bahawa ahli Umno sudah bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya. Kajian-kajian dalaman juga menunjukkan ahli Umno dalam bersemangat penuh dan tinggi untuk berdepan dengan pilihan raya. Angka-angka yang aneh dan ganjil dikeluarkan untuk tujuan itu kononnya 74.4% dari lebih 27,000 respondan menyatakan kerajaan BN dan slongan 1Malaysia dalam keadaan diterima umum. Orang Melayu juga didakwa semakin teguh bersama Umno manakala orang bukan Melayu pula dikatakan bertambah menyokong UBN.

Pendeknya semua logistik untuk berhadapan dengan pilihan raya sudah pun lengkap dan siap sedia. Seluruh pemimpin dan ahli Umno juga sudah berjanji dan berikar akan memenangkan parti dan mengelakkan bertempur sesama sendiri. Ahli perwakilan semua berdiri menyatakan kesediaan dan komitmen itu. Umno sendiri melakukan apa saja ikhtiar zahiriah untuk memangkan Umno; berdoa, menyanyi, bersumpah, merayu dan menangis. Asakan mitosime dan kurafatisme bahawa hanya Umno saja dapat menyelamatkan Melayu dan agama sudah pun diselam sedalam-dalamnya dalam hati para pemimpin Umno.

Mengukur kesediaan itu seolah-olah pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa saja. Parlimen persis akan dibubarkan sebaik berakhir perhimpunan agung Umno. Melihat semangat berkobar-kobar itu saya sendiri mengirakan Najib mengumumkan hari dan masa dia menghadap Agong untuk menasihati parlimen dibubarkan. Namun itu hanya harapan saja, ia tidak berlaku. Pun begitu tidak dapat dielakkan lagi, masa sudah suntuk waktu sudah tiada, suka tidak suka, perit atau tidak.. parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Saya memfirasatkan ianya akan dibubarkan pada akhir Disember ini atau habis lewat pertengahan Januari pengundian pada Januari atau awal Februari.

Najib dan Umno akan membuat persiapan, tempoh itu ialah tempoh matangnya beberapa janji pemberian untuk rakyat seperti bonus, tambahan BR1M sebanyak RM500 lagi. Semua itu adalah umpan dan modal untuk memancing undi. Sambil menghulurkan wang bantuan itu penerima akan diminta bertaubat mengundi UBN.

Bagaimana pun dalam kesiapsediaan Umno dan BN itu ia tidak memberi apa-apa kejutan atau pun getaran untuk menguatkan UBN lagi. Kelewatan Najib membubarkan parlimen telah menjadi persepsi umum bahawa UBN kini di dalam ketakutan dan akan tewas dalam pilihan raya. Tanggapan umum atas kesilapan UBN mempercepatkan pilihan raya itu memberi penyakit kepadanya. Ia menyebabkan rakyat terus beranggapan UBN tidak akan menang pilihan raya. Dari sudut kejiwaan rakyat melihat ketakutan dan keraguan Najib memilih tarikh untuk diadakan pilihan raya itu ia sudah menjadi tanda-tanda kekalahan UBN.

Dengan tanggapan sebegitu yang mempengaruhi emosi, mereka tidak lagi memilih UBN. Tanpa UBN dan Najib sedari permainannya berteka teki mengenai bila pilihan raya telah memberi impak buruk kepada UBN. Apa juga kejutan dan keanehan yang UBN akan lakukan dalam pilihan raya ini tidak bererti lagi. Ia tidak boleh merombak ikatan nekad sebahagian besar rakyat yang mahu menukar BN dengan Pakatan Rakyat.  Yang jelas dan nyatanya UBN sudah tertolak dengan sendiri, helah Najib memperlambat-lambatkan pilihan raya menatijahkan kecelakaan kepadanya.

Berita menggembirakan rakyat...kamera EAS di SKVE dicabut

http://omakkau.blogspot.com, 04 Dis 2012

BERITA YANG MENGEMBIRAKAN RAKYAT!!!!...AKUR DENGAN ARAHAN KERAJAAN PKR/PR SELANGOR....KAMERA AES DI LEBUH RAYA SKVE DICABUT !!!!


Rakaman gambar para petugas dari pengendali kamera AES @ kamera 1m'sia  sedang mencabut kamera berkenaan di lebuhraya SKVE atas arahan Kerajaan PKR/PR Selangor dibawah pimpinan YAN Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Dua minggu diberi tempoh, kalau gagal roboh atau cabut kamera AES yang hirup darah rakyat itu makan kerajaan negeri akan lakukan sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya mereka akur jua.

HIDUP KASE!!!!... HIDUP RAKYAT!!!!... HIDUP PAKATAN RAKYAT!!....SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.



# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Kelantan sasar rumah mampu milik semua jajahan

Muhd Hussin Ibrahim, 04 Dis 2012
GUA MUSANG: Kerajaan negeri tetap berusaha bagi membolehkan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri, biar pun disisih daripada mendapat peruntukan membina rumah awam kos rendah sejak 1990.

(Datuk Ahmad Yakob berucap di Gua Musang)

Antara usaha dilakukan termasuk membina rumah mampu milik bagi membantu rakyat mendiami kediaman sendiri yang lebih selesa.

Rumah mampu milik pertama dilaksanakan di Labok Machang lebih setahun lalu. Projek berkenaan sekarang diperluaskan ke jajahan lain.

Usaha tersebut kini turut dibantu anak syarikat kerajaan negeri, Tunjong Development Corporation Sdn Bhd (TDC) bagi membina rumah jenis berkenaan di Kelantan.

TDC melaksanakan projek usahasama dengan ML Synergy Sdn Bhd. Syarikat berkenaan diterajui anak Kelantan yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri pembinaan. TDC pula syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, projek terbabit akan dibangunkan di kawasan seluas 62 ekar di Mukim Pulai, Daerah Galas.

Katanya, rumah mampu milik yang akan dibina meliputi 30 peratus daripada keseluruhan projek tersebut.

“Sebanyak 123 unit rumah mampu milik bakal dibina daripada 410 unit bangunan di kawasan berkenaan.

“Walaupun kurang menarik berbanding projek-projek lain dari segi keuntungan, namun konsep cross subsidy di antara pembangunan komersial dan bercampur ia berupaya menampung kerugian yang ditanggung.

“Rumah mampu milik harga jualan dihadkan sehingga RM100,000 seunit. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya pada majlis pecah tanah projek tersebut baru-baru ini.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

'Selepas bercerai baru dituduh ketiak busuk'

Harakahdaily, 04 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Tidak ada apa-apa silap bila bersama tetapi apabila ditinggalkan, mulalah keluar pelbagai keburukan.

"Masa kahwin ok je tetapi bila bercerai macam-maca keburukan dikatakan kepada yang menceraikan dia.

"Ketiak busuklah, kuat tidurlah...macam-macam lagi."

Itulah yang berlaku kepada Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS baru-baru ini.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menyifatkan Rahman sebagai "Orang yang paling racist" pernah beliau temui.

Namun ia hanya dinyatakan selepas Rahman meninggalkan Umno, rakan MCA, dan menyertai PAS.

Ekoran penyataan Timbalan Menteri Pendidikan itu, pelbagai pihak yang membaca berita itu memberikan pelbagai komen mereka.

Seorang pembaca Malaysiakini yang menggunakan nama Ancora bertanya, "Kenapa sekarang awak baru bercakap, selepas kapal telah meninggalkan pelabuhan."

Justice Pao pula menulis, "Wee Ka Siong, bagaimana dengan Ibrahim Ali dan Perkasa yang secara terbuka disokong oleh Umno.

"Adakah MCA akan menyalak Umno?" soal beliau.

256,899 saman AES sehingga 26 November

Muhammad Faizal, 04 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Sebanyak 256,899 saman telah dikeluarkan sejak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) beroprasi 23 September sehingga 26 November lalu.

Dari jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 142,809 saman dikuti Perak sebanyak 81,00, Putrajaya 22,876 dan Kuala Lumpur sebanyak 10,213 saman.

Saman tertinggi adalah melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 243,545 saman diikuti kesalahan melanggar lampu isyarat sebanyak 13,354 saman.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri di Dewan Negara semalam sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Khairiah Mohamed.

Sehingga kini, AES telah dipasang di 14 lokasi di seluruh negara.

AES di kawasan 30km/j kekal

Selain jumlah itu, Khairiah juga turut mempersoalkan berhubung dengan kajian semula AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam dan nortis amaran di lokasi-lokasi kamera AES.

Dalam jawapannya, timbalan menteri itu berkata, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula cadangan menguatkuasakan AES di kawasan had laju 30 kilometer sejam.

Katanya, pemilihan lokasi tersebut adalah dibuat berdasarkan kriteria yang teratur dan lokasi ini merupakan kawasan-kawasan sekolah di mana terdapat keperluan untuk menyediakannya
bagi melindungi kemalangan di kalangan murid-murid sekolah.

"Walau bagaimanapun, penguatkuasaan di  kawasan ini akan mengguna pakai kamera mudah alih dan dijalankan hanya pada waktu persekolahan sahaja," jelasnya.
Berhubung notis amaran pula, timbalan menteri itu berkata, notis telah dipasang dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had laju., manakala bagi mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat pula, notis amaran dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter.

Jangan beri kepercayaan kepada yang 'desperate'

Aspan Alias, 04 Dis 2012
Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu  selama ini.

UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi.


Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai’ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN. ‘Initiative’ yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO.

Jika berbai’ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakan saudara-saudara itu tidak mungkin salah.

Kenapa sampai bersumpah?

Kalau parti itu (UMNO) kuat dan mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat bahagian tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah cukup untuk menyatakan dengan ‘conclusive’ UMNO dalam kesempitan.

“Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja” kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama.

Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu, “satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu”. Kata perpatah ‘bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di dengar-dengar’. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. “Chua Soi Lek pula berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang Cina”. Apa maknanya semua ini?

Kata-kata ini sahaja sudah menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO pula ke hilir.

Dalam bercakap dengan gegaran tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh dicapai oleh BN.

UMNO memusuhi DAP seolah-olah kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan meletakkan lima puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini.

Lagi pun, adalah di perkatakan yang di antara lima puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu.

UMNO sekarang ini sedang kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada yang tinggi dalam PAU baru-baru ini.

Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara.

Hanya saya ingin mengingatkan parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di sebut selalu sebagai ‘national unity’ ini.

Perjuangan ini merupakan perjuangan ‘ultimate’ rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum semata-mata kerana sikap ‘desperado’ mereka dalam politik kepartian yang jumud dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini.

Apa yang perlu sekarang hanyalah kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza.

Rakyat wajar melakukan perbezaan ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO.

Kita perlu menolak isu rasis terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang.

- http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Anak tidak sah taraf perlu tindakan Majlis Fatwa

Salmiyah Harun, 04 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Senator Khairiah Mohamad meminta kerajaan khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil serius masalah peningkatan anak tidak sah taraf kerana ia melibatkan akhlak dan moral rakyat negara ini khasnya yang beragama Islam.

"Bila kita sebut anak tidak sah taraf bermakna ada kaitan dengan di luar perkahwinan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Mengulas jawapan kepada soalan lisannya yang dikemukakan semalam, Khairiah berkata 10 peratus jumlah anak tidak sah taraf untuk tahun 2010 sahaja sudah menunjukkan perlakuan tidak bermoral berlaku dengan serius.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan seramai 52,982 anak tidak sah taraf yang telah didaftar daripada 510,462 kelahiran pada tahun 2010.

Manakala bagi jumlah anak tidak sah taraf mengikut tiga kategori umur yang paling tinggi antara umur 21 hingga 30 tahun seramai 130,775 orang bagi tahun 2008 hingga November 2011.

Dan diikuti umur 16 hingga 20 tahun seramai 67,755 dan umur antara 31 hingga 40 tahun seramai 44,359 anak tidak sah taraf.

Dalam tempoh lima tahun itu, negeri Sabah mencatat jumlah anak tidak sah taraf paling tinggi iaitu 72,939 diikuti Selangor seramai 32,992 dan Sarawak seramai 30,187 orang.

Katanya, bagi orang Islam Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun mengeluarkan fatwa berkenaan penamaan anak tidak sah taraf pada tahun 1981, di mana anak dilahirkan lebih dari enam bulan tempoh perkahwinan boleh dibinkan ayahnya.

Tetapi jika kurang dari enam bulan perkahwinan anak tersebut tidak boleh dibinkan bapanya.

Justeru, beliau memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melihat kemaslahatan anak-anak tidak sah taraf ini yang semakin hari semakin ramai demi kebaikan dan masa depan mereka.

"Dari sudut Islam sendiri anak yang dilahirkan melalui penzinaan tidak berdosa yang berdosa adalah ibu bapanya. Wajarlah Majlis Fatwa melihat semula fatwa yang telah dikeluarkan agak lama sejak 1981," katanya.

Sementara itu Senator Datuk Dr Johari Mat berkata, anak-anak ini akan mengalami tekanan jiwa apabila mengetahui mereka tidak sah taraf menyebabkan ramai yang tidak bersekolah akhirnya mereka tercicir.

Tegasnya, anak itu boleh dibinkan bapanya walaupun tidak cukup enam bulan selama mana ayahnya tidak menafikan anak berkenaan.

Malah beliau percaya jika Majlis Fatwa berbuat demikian secara tidak langsung boleh mengurangkan atau mengelakkan gejala pembuangan bayi.

"Kita perlu lihat mengapa kes buang bayi semakin berleluasa antara sebabnya anak yang dilahirkan tidak boleh dibinkan bapanya.

"Yang perlu ditangani adalah anak yang menjadi mangsa, ibu bapa boleh bertaubat," katanya.

250,240 ANAK LUAR NIKAH 250,240 x 2 SAMA DENGAN 500,480 PASANGAN TELAH BERZINA...ITU ADA ANAK...YANG ZINA TAK DE ANAK BERAPA PULA JUMLAHNYA...ALLAH LAH YANG TAHU...ADAKAH MASIH TAK MAHU LAKSANAKAN HUDUD...JANGAN JADI MAKHLUK YANG MUNAFIKLAH..DAN PENENTANG UNDANG2 ALLAH 

 

Apa status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar

Harakahdaily, 05 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd. Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 orang anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun yang lalu.


Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.

Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat).

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka.

Tiada ulasan: